Home Semasa LRT kemungkinan besar akan pulih tak lama lagi – Wee Ka Siong

LRT kemungkinan besar akan pulih tak lama lagi – Wee Ka Siong

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menyatakan sistem pengangkutan LRT dijangka akan pulih dalam masa terdekat.

Dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya, Wee memaklumkan beliau telah diberikan taklimat tentang pengujian sistem kawalan tren automatik (ATC).

Pengujian telah dilakukan oleh pihak Rapid Rail dan dipantau oleh Bahagian Perancangan dan Penguatkuasaan Rel APAD.

“Matlamat utama pengujian ini adalah untuk memastikan kestabilan dan keselamatan sistem sebelum meneruskan pengoperasian penuh,

“Pasukan ini telah menggerakkan 24 set tren di sepanjang laluan Putra Heights – Gombak. Hari ini, mereka akan menguji 38 set tren di sepanjang laluan dengan jarak 5 minit antara setiap set tren,

“Saya boleh melaporkan bahawa sistem isyarat dan komunikasi dalam keadaan baik dan berkemungkinan besar kita dapat kembali kepada pengoperasian normal kesemua 38-40 tren di sepanjang laluan Kelana Jaya tidak lama lagi,” katanya.

Perkhidmatan LRT di 16 stesen laluan Kelana Jaya telah digantung selama 7 hari oleh RapidKL semenjak Rabu lalu berikutan masalah yang dihadapi pengangkutan awam terbabit.

Jelas Wee, beliau akan terus memantau perkembangan isu ini dari masa ke semasa.

“Mudah-mudahan saya dapat membawa berita baik esok,” ujar beliau.

Related Articles

Leave a Reply