Home SemasaGlobal Jet pejuang terhempas semasa latihan

Jet pejuang terhempas semasa latihan

by M.Daim

RIYADH, 7 Nov – Sebuah jet pejuang F-15S milik Tentera Udara Diraja Arab Saudi terhempas, hari ini.

Kejadian berlaku di Pangkalan Udara King Abdulaziz dan berpunca daripada masalah teknikal.

Juruterbang dan anak kapal dilaporkan terselamat.

“Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat perincian dan punca kejadian,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Brigedier Jeneral Turki al-Malki yang dipetik oleh SPA.

Beliau menambah, tiada sebarang kecederaan atau kemusnahan terhadap fasiliti dilaporkan dalam insiden itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply