Home Pertahanan dan Keselamatan Latihan kepakaran nilai tahap kompetensi 91 RAJD kendali bahan letupan

Latihan kepakaran nilai tahap kompetensi 91 RAJD kendali bahan letupan

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-onw0U0Bm1w[/embedyt]

 

GEMAS, 9 Okt – Pasukan 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) telah melaksanakan Latihan Kepakaran Pemusnahan Sasaran, Menempat dan Mengendali Claymore Mine, Individual Confident Charge serta Latihan Membaling Grenade yang bermula 4 hingga 7 Oktober lalu.

Markas 91 Rej Bantuan RAJD menerusi hantaran di media sosialnya berkata, latihan yang disertai seramai 8 orang pegawai dan 116 anggota itu diadakan bagi menilai kesiagaan serta tahap kompetensi semua peringkat pasukan khususnya dalam pengendalian bahan letupan.

Jelasnya, ia merangkumi perkara taktikal, teknik dan prosedur (TTP) bagi kerja-kerja pemusnahan sasaran serta pemusnahan Improvised Explosive Device (IED) dan Unexploded Ordnance (UXO).

“Pemusnahan (demolition) yang sinonim dengan warga sappers bukan lagi perkara asing yang mana ianya harus menjadi bread and butter khususnya kepada anggota Jurutera Tempur,

“Pelaksanaan latihan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat kem iaitu kelas pembelajaran teori dan diakhiri di peringkat medan iaitu pelaksanaan praktikal,

“Sesuai dengan tugas dan peranan RAJD iaitu memberi bantuan mobility dan counter mobility, maka dengan adanya peluang latihan ini, anggota Jurutera Tempur dapat mengukuhkan pemahaman bagaimana cara mekanisme sesuatu bahan letupan bekerja serta impak sesuatu bahan letupan kepada sasaran sejajar dengan trilogy 3M, man, machine and method,” jelas Markas 91 Rej Bantuan RAJD.

Menurut hantaran itu, kesemua pegawai dan anggota terlibat turut berpeluang melaksanakan latihan membaling grenade yang memangkin kepada latihan keyakinan diri.

Tambahnya, latihan seperti ini secara tidak langsung selari dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.

Pegawai Memerintah 91 Rej Bantuan RAJD, Kolonel Muhammad Zamri Musa turut sama meluangkan masa bersama warga pasukan dalam menyaksikan pelaksanaan latihan yang telah dijalankan.

Beliau menekankan kepada warga pasukan agar sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan kepakaran khususnya semasa latihan pasukan dilaksanakan. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply