Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 2 buah kapal kargo bersauh tanpa kebenaran

APMM tahan 2 buah kapal kargo bersauh tanpa kebenaran

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 9 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili berjaya menahan 2 buah kapal kargo bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, penahanan pertama dilakukan pada jam 12.40 tengah hari pada kedudukan 17.3 batu nautika timur laut Tanjung Penawar.

“Kesemua 20 orang kru lelaki warga Vietnam termasuk nakhoda yang ditahan ini berusia antara 25 hingga 43 tahun,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, kapal kargo kedua milik Monvoria pula telah ditahan oleh APMM di kedudukan 16.9 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil pada jam 5.45 petang.

“Turut ditahan 24 orang kru termasuk nakhoda warga Filipina yang berusia di antara 24 hingga 62 tahun,” tambahnya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua buah kapal ini mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia.

“Kesemua kapal kargo, nakhoda serta kru yang ditahan telah dibawa ke pejabat Zon APMM Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan, sejak 1 September lalu, penahanan ini merupakan kes yang keenam di atas kesalahan yang sama.

“Ini menjadikan jumlah kapal dagang yang telah ditahan pada tahun ini adalah 38 buah atas kesalahan yang sama dari jenis serta berdaftar dari pelbagai negara termasuk Malaysia,” katanya. -airtimes.my

Kapal kargo kedua milik Monvoria pula telah ditahan oleh APMM di kedudukan 16.9 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil pada jam 5.45 petang

Related Articles

Leave a Reply