Home Semasa NGO serah memorandum pengampunan Najib kepada Agong

NGO serah memorandum pengampunan Najib kepada Agong

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Hampir 300 penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul di hadapan Istana Negara bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan diraja kepada bekas Perdana Menteri ke-6 itu.

Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara (PJPNM), Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz telah menyerahkan memorandum pegampunan tersebut kepada wakil Istana Negara, tengah hari tadi.

Permohonan itu dikemukakan susulan Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International.

Najib dipenjarakan selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.

Dalam memorandum tersebut, pertubuhan itu turut memohon beberapa permintaan lain.

“Permohonan pertama adalah pengampunan diraja serta merta kepada Najib,

“Keduanya kami mohon Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Pengarah Pesuruhjaya Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) untuk menghadap Baginda mengenai bukti kes konflik berkepentingan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali,” jelasnya dalam memorandum tersebut.

Beliau menjelaskan, melihat daya pimpinan dan ketokohan Najib dalam mentadbir kerajaan semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-6 amat cemerlang dan dikagumi negara lain.

“Dengan keupayaan dan kecekapan beliau menguruskan ekonomi negara disamping membawa nama baik Malaysia ke persada antarabangsa,

“Selain daripada itu, beliau juga sering menjadi rakan karib kepada Pemerintahan Tertinggi Negara dalam menjalin hubungan baik dengan kuasa utama dunia menerusi pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, pembanggunaan pendidikan rakyat, sains dan teknologi tinggi serta menggalakan hubungan sesama negara tersebut,” tambahnya.

Oleh yang demikian, pihaknya mendokong dan menyanjung tinggi ketokohan serta kebijaksanaan Baginda dalam memerintah negara kami ingin mencadangkan supaya Tuanku dapat memberi satu keadilan kepada Najib Razak yang juga orang Berempat Negeri Pahang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply