Home Semasa Khairy lawat Thailand, kaji penggunaan kanabis dalam perubatan

Khairy lawat Thailand, kaji penggunaan kanabis dalam perubatan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menjelaskan penggunaan kanabis bagi tujuan rekreasi sesekali tidak akan dipertimbangkan.

Beliau membuat lawatan kerja di Thailand bagi meninjau berkaitan sektor pelancongan perubatan di negara itu.

Khairy berkata, dengan penggunaan teknologi dan inovasi di negara itu dalam menjamin keselesaan pesakit di negara tersebut boleh dijadikan bahan rujukan buat Malaysia Healthcare Travel Council untuk menarik pengunjung luar bagi mendapatkan rawatan di hospital-hospital di Malaysia.

Dalam pada itu, Khairy turut berkesempatan melawat Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan di negara tersebut sambil diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul yang juga Menteri Kesihatan Awam.

“Saya telah mendapat taklimat mengenai dasar, penanaman, amalan dan penyelidikan Thailand tentang penggunaan kanabis serta ketum untuk tujuan kesihatan,

“Julai lalu, saya telah menyatakan bahawa satu rangka kerja berhubung pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu dijangka akan diumumkan pada akhir tahun ini,” katanya dalam hantaran media sosialnya, hari ini.

Tegasnya lagi, beliau menjelaskan Thailand merupakan negara pertama Asia Tenggara serta contoh terbaik untuk membuat rujukan berkenaan penggunaan kanabis serta ketum untuk tujuan perubatan.

“Jika bukti klinikal menunjukkan bahawa kanabis adalah selamat dan berkesan untuk tujuan perubatan, kita akan merangka satu dasar yang ketat mengenai penggunaannya di negara kita,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply