Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut KD YU, KD PARI dan KD PAUS diberi nafas baru

KD YU, KD PARI dan KD PAUS diberi nafas baru

by Nurulhuda

SANDAKAN, 16 Ogos – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi melakar sejarah apabila menerima KD Yu setelah selesai menjalani refit sebagai projek paling singkat pernah dicapai sejak tahun 1985 iaitu kurang dari 7.5 bulan.

TLDM menerusi hantaran di media sosialnya menjelaskan, tempoh ini termasuk dikenakan ‘stop-work order’ hampir sebulan akibat COVID-19.

Majlis penerimaan telah disempurnakan oleh Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Satria Sarawak di Weldan Marine Shipyard Sdn Bhd.

Menurut TLDM, success story refit KD YU ini adalah keberhasilan pelaksanaan kaedah baharu projek yang dikenali sebagai S.M.A.R.T Refit yang melibatkan 3 kapal iaitu KD YU, KD PARI dan KD PAUS.

“Lebih membanggakan, kejayaan ini bakal disusuli dengan refit KD PARI di Preston Shipyard Sdn Bhd di mana dirancang diterima pada 19 Ogos 22 (Jumaat) dengan tempoh refit kurang dari 6.5 bulan (termasuk sebulan stop-work),

“Bagi refit KD PAUS di Labuan Shipyard Sdn Bhd, kapal juga akan diterima pada 19 Ogos 22 dengan tempoh refit kurang dari 7.5 bulan,” jelas TLDM.

Tambah TLDM, S.M.A.R.T Refit ini yang dibangunkan sepenuhnya oleh warga Navy People merupakan turning-point pengimplementasian projek selenggaraan berjadual kapal TLDM di limbungan.

Justeru, ianya telah mendapat perhatian serius beberapa Agensi Kerajaan dan syarikat perkapalan.

“Sepanjang projek refit, peralatan dan sistem ketiga-tiga kapal telah dirombakpulih, selain diubah sepenuhnya,

“Skop projek melibatkan repowering terhadap sistem kuasa gerak dan sistem penjanaan kuasa elektrik, extensive plate renewal serta aktiviti baik-pulih mengembalikan kondisi peralatan di kapal ke zero-hours,

“Impaknya hasil projek refit ini telah memberi nafas baharu kepada KD YU, KD PARI dan KD PAUS yang telah berusia melebihi 40 tahun,” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply