Home Politik ADUN Puteri Wangsa dilantik Timbalan Presiden MUDA

ADUN Puteri Wangsa dilantik Timbalan Presiden MUDA

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Jul – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pertama dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz telah dilantik sebagai Timbalan Presiden MUDA berkuatkuasa semalam.

Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi berkata, sejak ditubuhkan secara rasmi pada 17 September 2020, seramai 13 orang pengasas bersama telah menghantar permohonan pendaftaran parti di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

“Permohonanan telah diluluskan secara rasmi pada 23 Disember 2021 sehingga Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor,

“Pada PRK Johor buat pertama kalinya logo MUDA digunakan dalam pilihanraya dan diperkenalkan kepada umum,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, MUDA juga turut membuat penambahan 2 ahli baru dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA iaitu Hafidzi Razali dan Zarul Afiq Arifudin.

“Hafidzi Razali yang memegang jawatan sebagai Ketua Biro Dasar MUDA merupakan seorang konsultan dasar awam disebuah firma Amerika Syarikat dan beliau juga terlatih sebagai seorang peguam,

“Manakala Zarul Afiq Arifudin yang memegang jawatan Ketua Biro Sukarelawan dan Komuniti MUDA merupakan pemegang Ijazah Perancang Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Malaysia, beliau juga merupakan anggota akar umbi parti,” jelasnya.

Tambah Amir, semoga pelantikan ini akan terus mengukuhkan MUDA khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply