Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Operasi PATKOR MALINDO perkukuh hubungan diplomatik, ketenteraan Malaysia-Indonesia

Operasi PATKOR MALINDO perkukuh hubungan diplomatik, ketenteraan Malaysia-Indonesia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Jul – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah melaksanakan rondaan bersama dalam operasi PATKOR MALINDO siri 1/2022 di kawasan Selat Melaka bermula pada 18 hingga 19 Julai lalu.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, operasi PATKOR MALINDO ini dapat mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan Malaysia-Indonesia.

“Operasi melibatkan angkatan udara ini dapat meningkatkan tahap kesiagaan operasi dan kerjasama menyeluruh di antara kedua-dua negara dalam menjaga keselamatan ruang udara dari sebarang pencerobohan,

“Operasi rondaan bersama selama 2 hari ini secara langsung juga mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan,” katanya.

Menurut TUDM, Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) bertindak sebagai penyelaras rondaan bersama (PATKOR) dengan kerjasama pihak TNI-AU.

“TUDM diwakili oleh No 15 Skn, CRC1 Kuantan dan TNI-AU pula diwakili oleh pesawat F16 yang membuat penerbangan dari Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin, Pekan Baru serta KOSEK HANUDNAS I Medan,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply