Home Semasa Pakar undang-undang UiTM Pengerusi baharu SUHAKAM

Pakar undang-undang UiTM Pengerusi baharu SUHAKAM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Jul – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik seramai 8 anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi sesi 2022-2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan itu dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

“Lantikan untuk tempoh 3 tahun itu berkuat kuasa 22 Jun 2022. Selaras dengan Subseksyen 6(1) Akta 597, Al Sultan Abdullah turut memperkenan pelantikan Datuk Dr. Rahmat sebagai Pengerusi SUHAKAM,

“Beliau adalah seorang pakar perundangan dan hak asasi manusia daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain Datuk Dr. Rahmat, 7 lagi individu telah dilantik sebagai anggota Suhakam baharu ialah Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Dr. Chew Chee Ming dan Datuk Mary@Mariati Robert.

Turut dilantik ialah Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Rahim dan K. Ragunath.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri turut berharap agar pelantikan inklusif itu akan lebih memperkasakan Suhakam dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply