Home SemasaGlobal Jika misil dilancar sekalipun, tiada bukti ia hentam MH17 – Peguam

Jika misil dilancar sekalipun, tiada bukti ia hentam MH17 – Peguam

by M.Daim

THE HAGUE, 10 Jun – Peguam bela kepada salah seorang suspek insiden MH17 menegaskan pihak pendakwa gagal memberikan bukti kukuh bahawa peluru berpandu buatan Rusia telah digunakan untuk menembak jatuh pesawat tersebut.

“Walaupun peluru berpandu telah dilancarkan, ia tidak dapat dibuktikan bahawa peluru berpandu terbabit mengenai pesawat MH17,

“Pihak pendakwaan telah gagal memberikan bukti untuk perbualan yang dipintas, imej dan kenyataan saksi bahawa peluru berpandu tersebut telah mengenai pesawat,” kata peguam Belanda, Sabine ten Doesschate yang dipetik oleh AFP.

Sabine merupakan peguam bela yang mewakili Oleg Pulatov, salah seorang suspek yang didakwa terlibat dalam insiden itu.

Pesawat Malaysia Airlines, MH17 telah ditembak jatuh semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. Kejadian berlaku di kawasan timur Ukraine yang sedang menghadapi pergolakan antara pasukan tentera Kyiv dan militia pro-Rusia.

Insiden tersebut telah meragut kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Barisan peguam bela Pulatov menegaskan pihak pendakwa terlalu fokus untuk membuktikan peluru berpandu BUK buatan Rusia telah digunakan oleh kumpulan pemisah.

“Kumpulan pendakwa terlalu fokus bercerita tetapi tidak memberikan bukti yang konklusif,” kata Sabine.

Tambahnya, pihak pendakwa turut gagal memberikan bukti bahawa jejak asap yang dikesan selepas peluru berpandu dilancarkan adalah dari BUK. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply