Home Pertahanan dan Keselamatan Agong cemar duli ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Diraja

Agong cemar duli ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Diraja

by M.Daim

PUTRAJAYA, 10 Jun – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah IbniAlmarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mencemar duli ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Diraja bersempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini.

Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Sebanyak 5 Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak oleh kontinjen-kontinjen yang terdiri daripada ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Antara panji-panji yang diarak adalah Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD) serta Kor Armor Diraja (KAD), Panji-Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Istiadat ini melibatkan 131 pegawai dan 1,066 anggota tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Perbarisan mengarak panji-panji adalah satu istiadat gilang gemilang kepada ATM. Panji-panji merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

Kali terakhir Istiadat ini dilaksanakan adalah pada 2019. Acara yang sepatutnya diadakan pada 2021 tidak dapat dijalankan berikutan penularan wabak pandemik COVID-19. -airtimes.my

Geleri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply