Home SemasaGlobal 9 Ogos tarikh akhir selesaikan masalah enjin kapal selam

9 Ogos tarikh akhir selesaikan masalah enjin kapal selam

by M.Daim

BANGKOK, 10 Jun – Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) memberi tempoh selama 2 bulan kepada syarikat China Shipbuilding & Offshore International Co (CSOC) untuk menyelesaikan isu perolehan enjin kapal selam negara itu.

Enjin diesel MTU396 buatan Jerman merupakan komponen utama dalam perolehan kapal selam S-26T Yuan oleh RTN.

“Tarikh akhir 9 Ogos telah ditetapkan selepas Panglima Tentera Laut Thailand, Laksamana Tharoengsak Sirisawat dan Timbalan Presiden CSOC, Liu Song berbincang berhubung isu tersebut,

“CSOC menyatakan mereka telah cuba mendapatkan enjin tersebut melalui saluran perniagaan dan kerajaan dengan Jerman,

“Namun begitu, usaha mendapatkan kelulusan pembelian enjin dari Jerman telah gagal,” kata jurucakap RTN,  Pokkrong Monthatphalin yang dipetik oleh Bangkok Post.

Menurut beliau, kerajaan China turut cuba mendapatkan enjin diesel tersebut melalui saluran diplomatik.

CSOC turut menawarkan enjin diesel CHD620 sebagai pengganti tetapi tawaran tersebut ditolak oleh RTN.

Ini kerana Thailand telah menetapkan 4 syarat utama dalam perolehan enjin antaranya telah terbukti digunakan dalam operasi kapal selam global dan selamat digunankan.

Selain daripada itu, enjin yang diperolehi mempunyai jaminan serta khidmat selengaraan dan memenuhi keperluan operasi tempur RTN.

Thailand telah membeli sebuah kapal selam S26T dari China pada tahun 2017 dengan harga 13.5 bilion Baht (RM1.71 bilion). Perolehan kapal selam ini tergendala berikutan sekatan penjualan enjin dan komponen ketenteraan kepada China.

Penerimaan kapal selam oleh RTN telah ditangguh kepada April 2024 berbanding perancangan sebelumnya iaitu September 2023. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply