Home Pertahanan dan Keselamatan 52 saman dikeluarkan, Polis Marin pertingkat keselamatan di perairan Sabah

52 saman dikeluarkan, Polis Marin pertingkat keselamatan di perairan Sabah

by Nurulhuda

SEMPORNA, 6 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) telah mengeluarkan sebanyak 52 saman penguatkuasaan ke atas lain-lain kesalahan di perairan Semporna, samalam.

Operasi bersepadu selama 2 hari bersama Jabatan Pelabuhan Dermaga Sabah (JPDS) dijalankan bagi menguatkuasakan undang-undang di perairan, disamping memperingatkan masyarakat maritim agar sentiasa mementingkan keselamatan semasa di laut.

Menurutnya, antara saman yang dikeluarkan adalah bagi kesalahan tidak mempunyai pemadam api, tidak memakai jaket keselamatan, lesen tamat tempoh, serta membawa lebih penumpang.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna Deputi Superintenden Polis (DSP) Mohamad Ismail berkata operasi ini sebagai langkah pemantauan pematuhan dalam undang-undang dibawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, PPM Sandakan juga telah berjaya memintas 4 buah bot laju yang dijuragani 4 lelaki daripada Filipina ketika mereka cuba menceroboh masuk perairan negara dikawasan laut Nunuyan pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, Deputi Superintenden Polis Rusdin Banin berkata, pihaknya telah mengesan bot-bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan negara jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas.

“Bot tersebut kemudiannya di usir dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID-19,

“Kesemua mereka diarahkan supaya tidak memasuki perairan Malaysia selaras dengan kehendak Undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak COVID 19,” jelasnya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply