Home Semasa Israel tambah Iron Dome, hadapi kemungkinan serangan dari Gaza

Israel tambah Iron Dome, hadapi kemungkinan serangan dari Gaza

by M.Daim

BAITULMAQDIS, 29 Mei – Israel dan Hamas saling berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan Perarakan Bendera yang akan diadakan di Masjid Al-Aqsa, hari ini.

Pihak penganjur perarakan tersebut berkeras untuk meneruskan acara pada hari ini bagi meraikan kejatuhan Baitulmuqaddis ke tangan Israel semasa Perang 6 Hari pada tahun 1967.

“Situasi semasa di Jerusalem adalah sukar dijangka dan langkah-langkah luar biasa perlu diambil bagi melindungi masjid Al-Aqsa,” kata pemimpin Hamas, Khaled Mashaal dalm satu wawancara bersama Al-Aqsa TV.

Sementara itu, Hisham Qassem, salah seorang pemimpin Hamas menegaskan rakyat Palestin, tanpa mengira kumpulan perlu bersatu untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

“Perarakan ini merupakan satu provokasi walaupun diberi amaran bahawa ianya akan membawa padah,

“Rakyat Palestin yang tinggal perlu bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan masjid Al-Aqsa dan menentang sebarang penjajahan oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Hamas.

Dalam perkembangan lain, Israel telah menambah bilangan Iron Dome bagi menghadapi kemungkinan serangan roket dari Gaza dan Selatan Lubnan.

Menurut media Israel, pasukan polis telah menambah bilangan keanggotaannya bagi melindungi peserta perarakan bendera.

Perarakan bendera merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh Israel bagi meraikan kejayaan mereka menawan Baitulmuqaddis semasa perang 1967.

Israel menganggap keseluruhan Jerusalem sebagai ibu negara mereka.

Pada tahun lalu, Hamas telah melancarkan Operasi Saif Al Quds selama 11 hari berikutan pertembungan antara pertempuran tercetus di kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply