Home Semasa Isu veteran: Jangan bertindak luar pertimbangan sampai hilang pedoman – Rani Kulup

Isu veteran: Jangan bertindak luar pertimbangan sampai hilang pedoman – Rani Kulup

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menegaskan pihaknya berasakan kurang senang dengan rancangan perhimpunan veteran yang akan diadakan pada 6 Jun ini.

“Secara dasarnya saya sokong, caranya kami kurang senang,” kata Rani yang juga merupakan bekas tentera.

Menurutnya, isu yang dihadapi oleh para veteran perlu diselesaikan dengan segera.

“Saya nak jelaskan, masalah ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin dan jangan tidak ada keputusan,

“Kami setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sumpah setia kami sehingga hujung nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, Rani Kulup menegaskan pihaknya tidak terlibat dalam penganjuran perhimpunan yang dirancang akan berjalan pada awal Jun kelak.

“Kepada seluruh veteran tentera dan keluarga, pihak penganjur bukannya dari GRVATM, GMPN mahupun MJMM,” tegasnya.

Pada masa yang sama, beliau meminta para veteran untuk bertenang dan tidak bertindak di luar pertimbangan.

“Diharap bersabar para veteran, bertindak jangan sampai luar pertimbangan bergerak jangan sampai hilang pedoman,

“Jadi masalah esok, kita juga akan ditimpa masalah dan seluruh veteran akan ditohmah,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply