Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS sokong Ismail Sabri calon PM selepas PRU-15 – Takiyuddin

PAS sokong Ismail Sabri calon PM selepas PRU-15 – Takiyuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Apr – PAS menyambut baik keputusan UMNO mencadangkan agar Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, buat masa ini PAS mendokong serta menyokong penuh kepimpinan Ismail Sabri.

“PAS mengharapkan Agenda Perpaduan yang dipelopori oleh Ismail Sabri dapat diteruskan kerana ia terbukti telah berjaya mewujudkan kestabilan serta iklim politik yang baik dan harmoni di negara ini,

“Pendekatan ini pastinya akan terus disokong oleh semua pihak atas dasar bipartisan demi kebaikan negara,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Menurut Takiyuddin, PAS yakin Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dengan pembangkang diteruskan sehingga pembubran Parlimen yang ke-14.

“MoU ini dapat membantu proses pemulihan negara di bawah kepimpinan Ismail Sabri dalam semua aspek termasuk kesihatan, ekonomi, sosial dan hidup serta kehidupan rakyat jelata,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply