Home Pertahanan dan Keselamatan Geng Belly tumpas, polis rampas dadah bernilai RM40,693

Geng Belly tumpas, polis rampas dadah bernilai RM40,693

by Air Times News Network

Pahang, 14 Apr – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Rompin berjaya menumpaskan ‘Geng Belly’ yang merupakan sindiket pengedaran dadah di Pahang, Selasa lalu.

Ketua Polis Pahang, Komisioner Polis Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihak polis berjaya menahan seramai 2 lelaki dan 2 perempuan yang berumur 24 hingga 42 tahun dalam 4 serbuan berasingan sekitar Kuantan.

“Pihak polis telah merampas dadah jenis heroin seberat 1,979.29 gram, syabu 126.71 gram dan pil Yaba sebanyak 100 bji (1 gram) yang bernilai RM40,693,

“Semasa serbuan dilakukan, salah seorang daripada suspek telah menawarkan wang tunai bernilai RM80,000 kepada anggota serbuan bagi melepaskan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, pada Khamis.

Menurutnya lagi, pada 13 April yang lalu, satu serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama JSJN IPK Pahang telah berjaya menahan seorang lelaki yang cuba memberi rasuah pada pihak berkuasa di Shell Jalan Berserah.

“Suspek datang ke tempat kejadian untuk memberi wang kepada pihak berkuasa sebagai dorongan untuk melepaskan tangkapan,

“Hasil pemeriksaan, SPRM telah berjaya membuat rampasan wang tunai berjumlah RM 45,000,” ujarnya.

Kesemua suspek ditahan reman selama 7 hari serta kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan dan Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009

“Hasil dari analisa kadar penggunaan dadah, rampasan dadah jenis Heroin dengan anggaran berat 1979.29 gram boleh dibekalkan kepada 3959 orang penagih dadah dalam masa sehari dengan mengambil kira penggunaan harian sebanyak 0.5 gram.

Beliau menjelaskan, kesemua rampasan yang dirampas boleh dibekalkan kepada 253 orang penagih dadah dalam masa sehari dengan penggunaan harian sebanyak 0.5 gram.

“Begitu juga dengan rampasan dadah jenis pil Yaba anggaran berat 11.00 gram boleh dibekalkan kepada 22 orang penagih dadah dalam masa sehari dengan mengambil kira penggunaan harian sebanyak 0.5 gram,

“Sindiket ini dipercayai memperolehi bekalan dadah jenis Heroin dan Syabu daripada Johor serta Lembah Klang untuk diedarkan di kawasan Felda dan sekitar Keratong Rompin, Pahang,” katanya lagi.

Ramli menjelaskan, dengan tertumpasnya sindiket ini, maka terputuslah aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Felda dan sekitar Keratong Rompin, Pahang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply