Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor

APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 5 mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Johor telah menahan sebuah kapal kargo yang disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, petang semalam.

Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal kargo yang membawa muatan serbuk sisa sawit itu ditahan dalam rondaan penguatkuasaan sekitar jam 3.30 petang semalam di kedudukan 23.11 batu nautika timur laut Tanjung Penawar.

Beliau berkata, kapal kargo sepanjang 105 meter itu dikendalikan oleh 18 kru lelaki warga Vietnam berumur di antara 22 tahun hingga 50 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal kargo tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia,

“Kapal berserta kesemua kru telah ditahan di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau keduaduanya sekali sekiranya bersalah,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam masa yang sama, Nurul Hizam berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan penguatkuasaan di laut bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negeri Johor terpelihara.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply