Home Pertahanan dan Keselamatan Agong cemar duli lawat DSA, NATSEC 2022

Agong cemar duli lawat DSA, NATSEC 2022

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Ebr-X0J39R0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli ke pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 serta Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM.

Seri Paduka berkenan meluangkan masa kira-kira 2 jam melawat pusat pameran syarikat-syarikat industri pertahanan dari pelbagai negara termasuk tempatan antaranya Deftech DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd, Mildef International Technologies dan Turkish Aerospace dari Turki.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli ke Syarikat Airbus Aerospace (Airbus) pada lawatan di DSA NATSEC 2022, hari ini.

Dalam lawatan itu, Baginda turut berkenan menamakan sebuah prototaip kenderaan berperisai Rentaka 4×4 Mildef yang diilhamkan dari nama sebuah meriam Melayu lama.

Kenderaan seberat lebih 8,000 kilogram itu adalah binaan sepenuhnya di negara ini oleh syarikat milik penuh Bumiputera di mana ia direka bagi mengantikan peranan Radpanzer Condor.

Rentaka 4×4 merupakan kenderaan berperisai yang dilengkapi dengan perisai Stanag 4569 Tahap 2 dan 2B.

Dari segi persenjataan, kenderaan ini boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm yang dipasang pada sistem Stesen Senjata Kawalan Jauh (RCWS) atau pelancar bom.

Seri Paduka turut meluangkan masa melihat secara dekat Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) yang dipamerkan oleh Deftech Technologies, Turkish Aerospace Industries dan Syarikat Airbus Aerospace (Airbus) di pameran tersebut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply