Home SemasaGlobal 4 maut dalam serangan pusat beli-belah di Israel

4 maut dalam serangan pusat beli-belah di Israel

by Air Times News Network

BEERSHEBA, 23 Mac – Seramai 4 warga Israel dilaporkan terbunuh ditikam dan 2 lagi cedera dalam satu serangan di sebuah pusat membeli-belah, pada Selasa.

Agensi berita tempatan melaporkan, sebelum itu penyerang tersebut telah menikam seorang wanita hingga mati di sebuah stesen minyak.

Selepas itu, penyerang tersebut merempuh seorang penunggang basikal menggunakan keretanya sebelum keluar menikam beberapa orang di pusat membeli-belah Big.

“Penyerang itu kemudian ditembak oleh seorang pemandu bas kerana cuba menerkam orang awam menggunakan senjata,

“Saksi mendakwa bahawa penyerang itu maut akibat luka tembakan,” lapor The Times of Israel.

Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel berkata, penyerang adalah warga tempatan berbangsa Arab dikenali sebagai Abu Alqian yang pernah dipenjarakan kerana menyokong kumpulan Islamic States (IS).

“Penyerang merupakan seorang guru sekolah menengah dari pekan Badwi Hura kira-kira 19 kilometer (km) dari timur Beersheba,

“Abu Alqian ditahan pada 2015 kerana merancang untuk ke Syria dan menyertai IS, beliau telah disabitkan kesalahan serta dijatuhkan hukuman penjara sebelum dibebaskan pada 2019,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menyifatkan kejadian itu sebagai serangan keji.

“Kami akan menjejaki mereka yang bersubahat dan mengambil tindakan tegas,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply