Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas 250 kayu bakau pembalakan haram bernilai RM82,250

Polis Marin rampas 250 kayu bakau pembalakan haram bernilai RM82,250

by Air Times News Network

SARIKEI, 23 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 merampas sebanyak 250 batang kayu bakau hasil pembalakan haram di tebing hulu Sungai Belawai, pada Selasa.

Komander PPMW5 Sarawak, Asisten Komisioner Polis Zulfikar Mohd Ghazali berkata, serbuan di lakukan oleh anggota Unit Risikan Marin (URM) Wilayah 5 pada jam 8.30 pagi dan menjumpai longgokan kayu di tebing sungai.

“Hasil pemeriksaan mendapati kayu balak tersebut tidak mempunyai cop Jabatan Hutan Sarawak sekaligus melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015,

“Bagaimanapun, tiada pekerja dan jentera berada di lokasi kejadian semasa pemeriksaan dijalankan pihak penguatkuasa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya lagi, laporan polis telah dibuat dan kes dirujuk serta diserahkan kepada Pihak Jabatan Hutan Sarikei untuk tindakan lanjut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply