Home Pertahanan dan Keselamatan Perolehan pesawat baharu akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan – Hishammuddin

Perolehan pesawat baharu akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan – Hishammuddin

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=P-Zy-C1Mleg[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan perolehan pesawat FLIT/LCA akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

36 pesawat FLIT-LCA akan diperoleh Kementerian Pertahanan Malaysia untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi 2 fasa,

“Tender Terbuka Antarabangsa telah diiklankan pada 22 Jun tahun lalu dan ditutup pada 6 Oktober 2021,

“Pembida berjaya akan dimuktamad oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, perolehan FLIT/LCA dilakukan bagi menggantikan peranan pesawat MiG-29N/UB, Hawk & Aermacchi.

“Pada masa ini, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia  telah melengkapkan semua peringkat penilaian,

“Laporan sedang disediakan untuk diperakukan oleh Lembaga Perolehan Kementerian dan seterusnya dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia  bagi memuktamadkan pembida yang berjaya,” ujarnya.

Semalam, Hishammuddin menyatakan perolehan FLIT/LCA merupakan projek perolehan akan datang.

Dalam perbahasan Penggulungan Titah Diraja di Parlimen, Menteri menyatakan pesawat tersebut akan menggantikan MiG-29/UB yang telah ditamatkan pada tahun 2017.

“FLIT/LCA juga akan menggantikan Hawk pada tahun 2026 dan Aermacchi MB-339CM pada tahun 2030,

“Perolehan Fasa 1 melibatkan perolehan awal 18 buah FLIT/LCA bagi menggantikan MiG-29N/UB,”katranya.

Sementara itu, penggantian Hawk dan Aermacchi pula dilakukan pada Fasa 2 perolehan pesawat baharu.

FLIT/LCA merupakan salah satu komponen perolehan yang digariskan oleh TUDM dalam pelan strategik CAP55. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply