Home Semasa Konflik Rusia-Ukraine: 9 rakyat Malaysia selamat tiba di Poland

Konflik Rusia-Ukraine: 9 rakyat Malaysia selamat tiba di Poland

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Perkembangan terkini 9 rakyat Malaysia bersama 2 anggota keluarga warga Ukraine dan seorang warga Singapura selamat tiba di sempadan Ukraine-Poland.

Wisma Putra menerusi laman media sosial rasminya berkata, konvoi yang dievakuasi dari Kiev itu diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, Fadhilah Daud tiba di Korczowa-Krakovets adalah merupakan sempadan Ukraine dan Poland, hari ini.

“Konvoi ini telah disambut oleh dua orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Poland,

“Kesemua mereka yang dievakuasi termasuk pegawai pengiring akan meneruskan perjalanan ke Warsaw, Poland,” kata hantaran itu.

Tambahnya, konvoi dilaporkan tiba di Korczowa-Krakovets pada jam 4.45 pagi, 27 Februari 2022 (10.45 malam, 26 Feb 2022 waktu tempatan).

“Wisma Putra sentiasa berhubung rapat dengan pegawai-pegawai kedutaan bagi memastikan keselamatan serta keberadaan rakyat Malaysia yang dievakuasi dan konvoi yang turut serta,” tambahnya.

Terdahulu, Rusia mengambil langkah drastik dengan melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Ukraine sebaik sahaja Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di timur negara itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!