Home Semasa Gempa bumi di Indonesia: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Gempa bumi di Indonesia: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi berskala 6.1 yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, kejadian yang berlaku pada jam 9.39 pagi itu turut dirasai di Barat Semenanjung negara serta beberapa negeri lain.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Helmi turut menasihatkan orang ramai untuk mencari tempat perlindungan dan keluar dari bangunan apabila merasai gegeran seperti itu.

“Selain itu, orang ramai perlu sentiasa peka dengan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh MET Malaysia,

“Sila dapatkan maklumat gempa bumi atau tsunami terkini melalui laman web MET Malaysia iaitu www.met.gog.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638,” jelanya.

Sementara itu Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter mengesahkan gempa berlaku pada pukul 8.35 pagi tadi di 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, jelasnya ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply