Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS kecam pemimpin DAP pertikai status agama anak Loh

PAS kecam pemimpin DAP pertikai status agama anak Loh

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pemimpin DAP, P. Ramasamy yang cuba mempertikaikan status agama 3 anak ibu tunggal, Loh Siew Hong yang berlaku di negeri Perlis.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan berbaur provokatif itu bukan sahaja cuba mempertikai peranan serta bidang kuasa pihak agama negeri Perlis, malah boleh mengancam keharmonian antara agama dan kaum di negara ini.

“Selain itu, dakwaan beliau bahawa pihak berkuasa agama Perlis ‘menculik dan menukar agama’ anak-anak tersebut adalah amat bahaya dan berniat jahat,

“Justeru, PAS menggesa semua pihak agar menghormati badan kehakiman dan pihak berkuasa undang-undang, serta meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk menyelesaikan isu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, PAS juga menggesa pihak berkuasa supaya sentiasa memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja menimbulkan isu-isu agama dan perkauman di negara ini.

Terdahulu, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainol Abidin mengesahkan 3 kanak-kanak berumur antara 10 hingga 14 tahun sah memeluk Islam.

Namun ibu mereka, Loh Siew Hong telah membuat laporan polis bagi meminta kepulangan anaknya yang didakwa ditahan seorang pendakwah wanita dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mualaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Siew Hong mendakwa telah berpisah dengan suaminya, Nagahswaran yang berbangsa India sejak Mac 2019 dan kemudiannya berpisah daripada anak-anaknya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply