Home Pertahanan dan Keselamatan PGA cekup 5 PATI termasuk tekong darat di Kapar

PGA cekup 5 PATI termasuk tekong darat di Kapar

by Nurulhuda

KAPAR, 19 Feb – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih telah menahan 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang lelaki yang bertindak sebagai tekong darat (transpoter) di Jalan Pencawang, Sungai Serdang, Kampung Tok Muara, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua 4 PATI berumur 16 hingga 28 tahun itu ditahan oleh anggotanya yang melaksanakan rondaan di kawasan berkenaan pada 12.00 tengahari.

“Pemeriksaan mendapati semua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalan yang sah dan masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut,” jelasnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut berkata, hasil siasatan telah berjaya menahan seorang lelaki warga asing 45 tahun yang bertindak sebagai tekong (transpoter) bersama sebuah kereta berhampiran lokasi kejadian.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Klang Utara untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1963,

“Turut dirampas sebuah kenderaan dan sebuah telefon bimbit yang nilai rampasan berjumlah RM7,500.00,” jelasnya.

Rizal menjelaskan, kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan CIOVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyelurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply