Home Pertahanan dan Keselamatan Ejen, 8 PATI Indonesia termasuk 3 kanak-kanak baru mendarat dicekup

Ejen, 8 PATI Indonesia termasuk 3 kanak-kanak baru mendarat dicekup

by Nurulhuda

TAWAU, 12 Feb – Seorang lelaki warganegara tempatan bertindak sebagai tekong ditahan bersama 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru mendarat dalam Operasi Benteng (Op Benteng), awal pagi tadi.

Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) dalam kenyataan berkata, penahan tersebut dibuat setelah radar Coastal Surveillance System (CSS) mengesan sebuah bot laju yang tidak berdaftar dari bergerak dari arah Pulau Sebatik, Indonesia menuju ke kawasan perkampungan rumah atas air Kampung Kurnia Jaya.

Tim Tim Quick Reaction Force (QRF) diaturgerakkan ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan bertindak mengepung serta berjaya menahan 8 PATI yang baru menaiki sebuah van penumpang di Jambatan 2, Kampung Kurnia Jaya.

Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang bertindak sebagai ejen ditahan bersama 8 PATI Indonesia di Kampung Kurnia Jaya, Tawau.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa warganegara Malaysia berusia 32 tahun (agen) dan kesemua PATI merupakan warganegara Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah cuba memasuki Malaysia secara haram melalui perairan Tawau,

“Mereka terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita berusia 30 dan 53 tahun, kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dan 2 kanak-kanak perempuan berusia 9 serta 11 tahun,

“Kesemua mereka berasal dari Pulau Sebatik dan baru pulang bercuti melawat keluarga di Indonesia serta masih bekerja tanpa permit yang sah di Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Kesemua PATI terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita berusia 30 hingga 53 tahun bersama 3 kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun ditahan dalam Operasi Benteng.

Menurut jurucakap MK ATB 2, bot laju yang membawa PATI tersebut dipercayai telah berpatah balik ke sempadan perairan negara selepas berjaya menurunkan kesemua PATI berkenaan.

Tambahnya, kesemua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi tujuan soal siasat, laporan polis dan proses saringan COVID-19 serta tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah. Manakala agen warganegara Malaysia ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply