Home Semasa COVID-19: MPN syor sempadan negara dibuka sepenuhnya mulai 1 Mac

COVID-19: MPN syor sempadan negara dibuka sepenuhnya mulai 1 Mac

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menegaskan, pembukaan sempadan kepada semua negara itu perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.

“Majlis mengesyorkan agar sempadan negara dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat bagi menyokong pemulihan negara,

“Dalam hubungan ini, majlis bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib,

“Namun, ujian saringan COVID-19 sebelum dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, pada Selasa.

Muhyiddin turut menjelaskan, maklumat terperinci seperti syarat-syarat tertentu atau prosedur operasi standart (SOP) tertentu akan ditetapkan dan diumumkan dalam masa terdekat oleh KKM. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply