Home Semasa Kenderaan rasmi saya Myvi dan terkini ‘Aston Martin’ – Maszlee

Kenderaan rasmi saya Myvi dan terkini ‘Aston Martin’ – Maszlee

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Feb – “Fitnah kononnya saya diberikan Vellfire no (nombor plat) 2828,” kata Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik.

Dr. Maszlee dalam hantaran di media sosialnya memuat naik gambarnya sedang memandu sebuah kerera Perodua Myvi dan gambar kereta Aston Martin yang ditampal dengan wajah beliau, hari ini.

“Itu milik EMGS (Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global) agensi KPM (sekarang KPT) yang digunakan sewaktu saya menteri,

“Hari saya berhenti, kereta itu dipulangkan dan terus digunakan oleh CEO EMGS,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan rasminya adalah Myvi dan terkini adalah ‘Aston Martin’.

Dr. Maszlee memuat naik gambarnya gambar kereta Aston Martin yang ditampal dengan wajah beliau

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan itu menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dirinya dan beberapa pegawainya di Parlimen Simpang Renggam sebagai intimidasi.

Katanya, difahamkan SPRM turut menyoal siasat beberapa pegawai di KPM yang didakwa sebagai usaha untuk mencari kesalahan terhadap dirinya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply