Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
19 lagi korban COVID-19 direkodkan – Air Times News Network
Home Semasa 19 lagi korban COVID-19 direkodkan

19 lagi korban COVID-19 direkodkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 19 korban baharu akibat COVID-19 sehingga semalam.

Daripada jumlah tersebut, 6 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh wabak berkenaan ialah 31,781 kematian.

Malaysia turut mencatatkan purata 6 daripada satu juta populasi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 2 minggu.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Selangor (5) diikuti Perak (3), Sabah (3), Johor (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sehingga Sabtu, sebanyak 3,074 kes harian dilaporkan menjadikan 40,785 kes aktif pada masa ini di mana, 30 kes daripadanya dalam kategori 3,4 dan 5.

Manakala, selebihnya adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?