Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 8 warga asing, rampas rokok seludup bernilai RM14 juta

APMM tahan 8 warga asing, rampas rokok seludup bernilai RM14 juta

by Nurulhuda

LANGKAWI, 14 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah-Perlis berjaya mematahkan cubaan sindiket penyeludupan 97,500 karton rokok putih yang dianggarkan bernilai RM14 juta, pada Khamis.

Pengarah APMM Kedah-Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, rokok putih terbabit ditemui selepas pihaknya memintas sebuah bot di kedudukan 2.7 batu nautika di Barat Tanjung Belua dan menahan 8 warga asing pada jam 4 pagi.

Beliau berkata, sebelum itu bot ‘barter trade’ milik warga asing tersebut dikesan hasil intipan dan kerjasama dengan pihak penguat kuasa negara jiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot bernama KM Bintang Jaya disyaki dari Thailand itu menemukan sebanyak 1,950 karton mengandungi 19.5 juta batang rokok seludup pelbagai jenis disyaki cuba dibawa masuk ke negara ini,

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan 39 guni berisi tembakau dengan berat setiap guni dianggarkan sekitar 50kg dengan nilai anggaran RM780,000,” katanya dalam sidang media semalam.

Zawawi berkata, siasatan awal mendapati modus operandi penyeludupan barang terlarang rentas sempadan itu dipercayai dibawa dari Thailand untuk dipasarkan ke pasaran tempatan dengan memalsukan pelekat duti setem pada kotak rokok berkenaan.

Tambahnya, nilai hasil cukai rokok yang dirampas itu dianggarkan sebanyak RM1.95 juta.

“Nilai keseluruhan rampasan itu pula dianggarkan RM15.417 juta melibatkan sebuah bot barter trade, rokok pelbagai jenis sejumlah 97,500 karton dan 39 guni tembakau,” tambahnya.

Selain itu, seorang tekong dan 7 kru bot berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun disyaki warga Indonesia yang memiliki dokumen pengenalan diri meragukan turut ditahan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 49(1) dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana menyeludup rokok dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa menggunakan pintu yang sah,” jelasnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply