Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PRN Johor hanya sekadar khabar angin – Hamzah Zainuddin

PRN Johor hanya sekadar khabar angin – Hamzah Zainuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR , 13 Jan – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih lagi sekadar khabar angin, begitu juga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jelas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Bagaimanapun, Hamzah memaklumkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan termasuk berhadapan dengan pilihan raya.

Hamzah turut menyifatkan perkara itu juga sama dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dikatakan akan diadakan tahun ini.

Sebagai Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah berkata, beliau sentiasa mengadakan mesyuarat dan memastikan rakyat tahu siapa untuk dipilih.

“Desas-desus pilihan raya ini bukan hanya di Johor, malah desas-desus juga mengenai pilihan raya umum akan dilakukan,

“Bila ketetapannya akan dibuat oleh mereka yang bertanggungjawab,

“Saya sebagai Setiausaha Agung Bersatu sentiasa mengadakan mesyuarat dan memastikan supaya rakyat dalam negara tahu siapa untuk kita pilih, untuk memilih kepimpinan lebih baik bagi kepentingan negara kita,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan dan Amanat Tahun Baharu Kementerian Dalam Negeri, pada Khamis.

Khabar angin yang mengatakan Johor bakal menghadapi PRN dalam waktu terdekat semakin kedengaran selepas kerajaan negeri hanya memiliki kelebihan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 28 berbanding 27.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memberi bayangan untuk mempertimbangkan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor susulan kerajaan mempunyai kelebihan hanya satu kerusi.

Hasni juga tidak menolak kemungkinan untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan negeri ketika ini.

Kerajaan Johor yang kini dipimpin Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai kelebihan satu kerusi susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember tahun lalu.

BN mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11) dan PAS pula satu kerusi menjadikan keseluruhan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) mempunyai 27 kerusi.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply