Home Semasa Parlimen bincang bantuan bencana banjir rakyat 20 Januari ini

Parlimen bincang bantuan bencana banjir rakyat 20 Januari ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Satu Mesyuarat Khas Parlimen akan diadakan pada 20 Januari ini bagi membincangkan perkara berkaitan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, Mesyuarat Khas ini diadakan mengikut ketetapan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir,

“Pelaksanaan Mesyuarat Khas ini telah disembah maklum dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau menegaskan mesyuarat ini adalah penting bagi memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir.

“Sesi ini juga adalah platform terbaik untuk Ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply