Home Semasa Sumbangan RM1,000 kepada isi rumah terjejas banjir – Perdana Menteri

Sumbangan RM1,000 kepada isi rumah terjejas banjir – Perdana Menteri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM100 juta dan sumbangan RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terkesan akibat banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada mangsa banjir bagi membaiki kerosakan rumah, peralatan yang rosak akibat bencana ini.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan Negeri bagi tujuan ini dan peruntukan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Selain itu, beliau juga menyatakan, penjawat awam yang terlibat banjir diberi Cuti Kecemasan pada Isnin (esok).

“Untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau paid leave, dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka,” jelasnya dalam sidang media berhubung situasi banjir, hari ini.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri memaklumkan, bilangan mangsa banjir telah meningkat kepada 15 ribu lebih orang yang kini telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara.

“Malam tadi proses pemindahan mangsa telah dilakukan sehingga pagi ini dan fokus untuk memindahkan mangsa ke tempat yang selamat telah dilakukan,

“Kalau semalam kita ada 48 buah PPS, kini jumlahnya telah meningkat kepada 103 PPS dan 8 telah didirikan di Negeri Selangor,” tambahnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply