Home Politik Mahkamah Tinggi arah KDN daftar MUDA dalam masa 14 hari

Mahkamah Tinggi arah KDN daftar MUDA dalam masa 14 hari

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam masa 14 hari.

Mahkamah turut memerintahkan KDN untuk membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada MUDA.

“Hakim telah membuat keputusan berpihak kepada kita,” kata MUDA dalam ciapan di media sosialnya pada Selasa.

Sebelum ini, Pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang baharu bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak rayuan untuk mendaftarkan MUDA sebagai sebuah parti politik. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply