Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat PRN Sarawak: Panglima Tentera Darat mengundi awal di Kem Muara Tuang

PRN Sarawak: Panglima Tentera Darat mengundi awal di Kem Muara Tuang

by Nurulhuda

SARAWAK, 14 Dis – Seramai 12,585 anggota tentera dan pasangan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, pada hari ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha turut melaksanakan tanggungjawab di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang.

Beliau selesai melaksanakan proses membuang undi pada pukul 9.29 pagi tadi.

Turut sama membuat penundian awal hari ini adalah Panglima Divsiyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa dan isteri Datin Norziati Othman.

Seramai 4,838 pengundi dari kalangan warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan akan membuang undi di Dewan Serbaguna, Kem Muara Tuang dan 2,517 pengundi akan mengundi awal di Dewan Bukavu, Kem Penrissen yang bermula pada jam 8 pagi tadi sehingga jam 5 petang ini.

Secara keseluruhan, seramai 12,585 anggota tentera dan pasangan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada PRN kali ini.

Proses pengundian awal pada hari ini dilaksanakan di 16 buah pusat mengundi di seluruh Sarawak, melibatkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain N17 Stakan, turut terlibat ialah N2 Tasik Biru, N3 Tanjung Datu, N10 Pending, N12 Kota Sentosa, N16 Muara Tuang, N31 Bukit Begunan, N52 Dudong, N55 Nangka, N70 Samalaju dan N72 Lambir. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?