Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM26 ribu

Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM26 ribu

by Nurulhuda

LAHAD DATU, 10 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya mematahkan aktiviti menyeludupan rokok tidak bercukai di sebuah bangunan di Lahad Datu pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintenden Gan Ping Sin berkata, rampasan itu dibuat hasil daripada pemerhatian dan pengawasan yang diajalankan oleh anggotanya di kawasan tersebut.

“Semasa pemeriksaan dilakukan di kawasan tersebut telah menemui beberapa rokok tidak bercukai di bawah bangunan itu,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM26,751.04,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Gan Ping menjelaskan, kesemua rokok seludup tersebut telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara. airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply