Home Semasa Tentera Udara Amerika Syarikat uji jet pejuang F-15EX

Tentera Udara Amerika Syarikat uji jet pejuang F-15EX

by M.Daim

NEVADA, 26 Okt – Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) telah melaksanakan ujian operasi jet pejuang Boeing F-15EX.

Ujian operasi jet pejuang baharu ini dilaksanakan di Pangkalan Udara Nellis pada 18 hingga 25 Oktober.

USAF dalam satu kenyataan berkata, ianya merupakan ujian operasi yang berjalan merupakan yang pernah terbesar dilakukan untuk F-15EX. Ujian kali ini melibatkan operasi bersama F-15EX dengan beberapa buah jet pejuang F-15C dan F-15E.

“Fokus utama adalah untuk menilai keupayaan platform ini dalam menghadapi ancaman yang pelbagai,

“Ujian yang dilaksanakan sekaligus akan memberi maklumat terperinci mengenai keupayaan tempur pesawat ini,” kata pengarah projek ujian F-15EX, Colton Myers.

Sehingga kini, USAF telah menerima 2 buah F-15EX. Kedua-dua pesawat ini diterima Mac dan April 2021.

F-15EX dirancang untuk dioperasikan bersama jet pejuang F-35 Lightning II, F-16 Fighting Falcon and A-10 Thunderbolt II serta jet pejuang generasi ke-6.

Jet pejuang baharu ini dijangka akan menyertai beberapa siri latihan ketenteraan dalam masa terdekat – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply