Home SemasaGlobal Kerajaan AS sekat bantuan US$700 juta kepada Sudan

Kerajaan AS sekat bantuan US$700 juta kepada Sudan

by Natasha Azereen

WASHINGTON, 26 Okt – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony J. Blinken hari ini mengesahkan kerajaannya menyekat bantuan US$700 juta kepada Sudan.

Keputusan dibuat berikutan kemelut politik di negara Afrika itu selepas tentera bertindak merampas kuasa dari kerajaan peralihan pimpinan, Abdalla Hamdok.

“Kerajaan AS berkeras mahukan kesemua pemimpin Kerajaan Peralihan yang ditahan, dibebaskan dengan segera,

“Kami juga mengutuk insiden pihak tentera yang menembak orang awam yang melakukan protes,” jelas Blinken dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, tindakan tentera Sudan merupakan satu pengkhianatan kepada Resolusi Damai Sudan.

“Tentera telah melanggar Deklarasi Perlembagaan Sudan. Mereka sepatutnya berpegang kepada prinsip keamanan, keadilan, dan kebebasan kepada rakyat negara itu.

“Usaha ke arah Revolusi Damai Sudan, Deklarasi Perlembagaan 2019 serta Perjanjian Damai Juba 2020 perlu disegerakan,” ujar beliau lagi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply