SANDAKAN, 19 Okt – Pasukan Polis Marin telah berjaya mematahkan cubaan penyeludup membawa masuk rokok tidak bercukai di Sandakan.
Pihak Polis Marin Sandakan dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan di kawasan disyaki tempat pemunggahan sementara yang digunakan oleh penyeludup di kawasan Batu 8.
“Hasil pemeriksaan ke atas tempat tersebut telah menjumpai beberapa kotak rokok pelbagai jenis tidak bercukai,
“Kesemua barang tersebut dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM82,350.00 dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967. – airtimes.my