Home SemasaGlobal Salah faham merupakan ancaman keselamatan terbesar serantau – Singapura

Salah faham merupakan ancaman keselamatan terbesar serantau – Singapura

by M.Daim

SINGAPURA, 19 Okt – Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen menegaskan salah faham dan salah anggapan merupakan ancaman keselamatan yang terbesar di rantau ini.

Menurut transkrip wawancara yang disiarkan oleh Kementerian Pertahanan Singapura, Dr Ng turut menyatakan rantau ini adalah aman dan stabil.

“Pada pendapat saya, ancaman terbesar dirantau ini adalah salah faham dan salah anggapan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam wawancara di Marina Barrage selepas menyaksikan Penerbangan Lintas FPDA.

Jelas Dr Ng, FPDA memainkan sebagai pengimbang kepada keselamatan rantau ini.

“Ia memainkan peranan sebagai kerjasama pertahanan inklusif untuk mencapai keamanan dan kestabilan serantau secara bersama,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Dr Ng menegaskan bidang kuasa dan mandat FPDA adalah sama dan kekal iaitu bertindak sebagai pertahanan luar untuk Malaysia dan Singapura.

Singapura dan Malaysia merupakan negara anggota Aturan Lima Kuasa Pertahanan (FPDA). Aturan ini turut dianggotai oleh Australia, New Zealand dan United Kingdom. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply