Home Pertahanan dan Keselamatan JIM serbu premis, tahan 12 warga asing di Putrajaya

JIM serbu premis, tahan 12 warga asing di Putrajaya

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 16 Sept – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya menahan 12 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di beberapa premis di sekitar Presint 9 dan Presint 10, pada Rabu.

JIM dalam hantaran di media sosialnya berkata, operasi penguatkuasaan dijalankan dengan kekuatan 23 anggota berdasarkan aduan orang awam.

“Ketika operasi dijalankan terdapat seramai 29 orang warga asing termasuk dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar sedang bekerja,

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, JIM telah berjaya menahan seramai 12 warga asing kerana didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Menurut JIM, kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih bagi tujuan siasatan dan pendakwaan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!