Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Australia, UK dan AS bentuk pakatan keselamatan baharu di rantau Pasifik – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Australia, UK dan AS bentuk pakatan keselamatan baharu di rantau Pasifik

Australia, UK dan AS bentuk pakatan keselamatan baharu di rantau Pasifik

by M.Daim

WASHINGTON, 16 Sept – Satu pakatan trilateral keselamatan di antara Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom mula dibentuk pada hari ini.

Pakatan baharu yang dikenali sebagai AUKUS itu dibentuk bagi menjamin keselamatan dan kestabilan rantau Indo-Pasifik.

Satu sidang maya bersama antara ketiga-tiga negara anggota AUKUS telah diadakan pada pukul 5 pagi tadi, waktu Malaysia.

PERDANA MENTERI AUSTRALIA, Scott Morrison menegaskan penubuhan pakatan ini merupakan satu pengukuhan hubungan diplomatik antara ketiga-tiga negara.

Menurut beliau, satu bentuk kerjasama baharu adalah perlu bagi menghadapi cabaran dunia yang semakin sukar terutamanya di rantau Indo-Pasifik.

“Penubuhan pakatan iniakan mempertingkatkan rangkaian kerjasama di rantau ini termasuk rakan ASEAN, dan Quad,” katanya.

Sementara itu, PERDANA MENTERI UNITED KINGDOM, Boris Johnson menyatakan kerjasama ini mencerminkan tahap kepercayaan dan kerjasama antara ketiga-tiga negara yang telah lama terjalin.

“Penubuhan AUKUS akan membuka lembaran baharu kepada ketiga-tiga negara untuk berkerjasama dengan lebih rapat,

“Ini mencerminkan kerjasama , persahabatan dan saling kepercayaan di antara kami. Ini terutamanya bagi memperkukuhkan nilai kebebasan dan demokrasi yang dikongsi secara bersama,” kata Johnson.

Sementara itu, PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT, Joe Biden menegaskan kerjasama baharu ini akan mempertingkatkan keupayaan negara-negara yang terlibat dalam menghadapi ancaman pada abad ke-21 secara bersama.

“Australia, AS dan UK telah lama berganding bahu di medan pertempuran semenjak Perang Dunia Pertama lagi,

“Penubuhan AUKUS pada hari ini merupakan satu detik bersejarah dan mempertingkatkan lagi kerjasama di kalangan negara anggota,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?