Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS cabar PH buktikan keabsahan majoriti jika berani

PAS cabar PH buktikan keabsahan majoriti jika berani

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – PAS mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk membuktikan keabsahan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nadzir Helmi berkata, sudah berkali-kali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai majoriti, namun sehingga kini ia gagal dibuktikan.

“PH tidak perlu membuktikan mereka mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat, jika mereka benar-benar mempunyai majoriti,

“Kes Datuk Seri Nizar Jamaluddin melawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010 membuktikan bahawa majoriti sokongan boleh sahaja dibuktikan di luar dewan,

“Soalnya bila Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan ingin buktikan? Jangan hanya bermain persepsi. Buktikan majoriti anda jika berani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tuduhan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti adalah suatu persepsi yang dilemparkan oleh PH, dengan niat untuk menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.

“Sekalipun kerajaan hari ini didakwa tidak mempunyai majoriti, sokongan kerajaan telah teruji melalui undian-undian di Dewan Rakyat sebelum ini, termasuk yang terkini undian Rang Undang-Undang Perbekalan 2021,

“Dan ia membuktikan PN mempunyai majoriti sokongan semasa kerajaan ini terbentuk. Malah, kerajaan PN berani menzahirkan bilangan sokongan mereka melalui undi percaya dalam sidang Parlimen akan datang,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply