Home Semasa Khaled Nordin letak jawatan Pengerusi Boustead

Khaled Nordin letak jawatan Pengerusi Boustead

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuat kuasa esok.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, keputusan ini dibuat selaras dengan ketetapan UMNO untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya selaku Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuatkuasa Khamis, 5hb Ogos 2021,

“Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan Boustead Holdings Berhad yang telah memberi komitmen serta kerjasama yang sangat baik sepanjang perkhidmatannya selaku Pengerusi kepada syarikat sejak Mei 2020.

“Saya yakin dan percaya syarikat kini berada di landasan yang tepat untuk terus berperanan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, khususnya dalam memastikan pulangan berterusan kepada pemegang saham utama iaitu tabung persaraan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” ujarnya.

Semalam, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, bagi menyatakan sokongan kepada keputusan parti. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply