773
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – UMNO akan memanggil Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT), secara atas talian, pada petang esok.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat tersebut diadakan bagi memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.
“UMNO amat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara istana dan kerajaan, pencabulan terhadap Kedaulatan Institusi Raja, Keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan Demokrasi Berparlimen,” katanya. – airtimes.my