Home Semasa 278,023 jawatan tetap, lebih 40,000 kontrak di Kementerian Kesihatan

278,023 jawatan tetap, lebih 40,000 kontrak di Kementerian Kesihatan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Jul – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan sebanyak 278,023 perjawatan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 31 April lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, lebih 40,000 pelantikan secara kontrak turut telah diluluskan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM4.3 bilion.

“Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan emolument kepada pengawai KKM yang berjumlah RM18 bilion iaitu 63 peratus daripada peruntukan pengurusan KKM,

“Bagi aspek pengurusan sumber manusia pula, kementerian ingin merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat meluluskan perjawatan dan pelantikan sumber manusia di kementerian ini,” katanya dalam sesi penerangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Keempat Belas Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Dr. Adham juga menjelaskan, pihaknya telah membuat penugasan semula (mobilisasi) secara dalaman bagi petugas kesihatan dan bukan kesihatan dari negeri tertentu ke negeri serta fasiliti yang memerlukan sumber manusia tambahan.

“Seramai 1,375 anggota perubatan dan 276 anggota kesihatan awam pelbagai kategori dan skim perkhidmatan dari Semenanjung dan Sarawak ke Sabah tahun lalu bagi menampung keperluan perkhidmatan semasa penularan pandemik,

“Pihak kementerian turut melaksanakan pembelian perkhidmatan daripada sejumlah 200 kaunselor dan doktor swasta bagi menyokong perkhidmatan kesihatan mental dan perawatan perubatan bukan COVID-19 mengikut daerah dan lokaliti,

Dr. Adham menambah, seramai 2,210 petugas pelbagai kategori telah dimobilisasikan ke Kelantan, Sarawak, Kuala Lumpur, Hospital Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan sehingga 20 Julai lalu.

“Selain itu, kementerian telah melantik 1,519 petugas kesihatan kontrak tambahan berdasarkan kelulusan agensi pusat untuk ditempatkan di fasiliti kesihatan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lumpur.

“Penempatan ini bertujuan bagi memenuhi keperluan tambahan sumber manusia di Lembah Klang agar kes-kes COVID-19 dapat dikendalikan dengan pantas, cekap dan berkesan,” jelasnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply