KUALA LUMPUR, 27 Julai – Penerangan pelan Tindakan Menangani Pandemik COVID-19 akan menjadi tumpuan di Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
Pelan Tindakan Menangani Pandemik COVID-19 akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Mesyuarat Khas yang berlangsung selama bermula 26 Julai selama 5 hari menyaksikan sesi penerangan oleh Perdana Menteri dan Menteri-menteri berhubung situasi semasa wabak COVID-19.
Semalam, Perdana Menteri telah memberikan penerangan kepada Dewan Rakyat berhubung isu tersebut.
Berdasarkan Aturan Mesyuarat Parlimen, 3 lagi Menteri dijadualkan akan membentangkan beberapa perkara sepanjang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berakhir 2 Ogos ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin akan memberikan penerangan berkenaan Program Vaksinasi.
Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan pnerangan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi.
Pembentangan mengenai Pelaksanaan Darurat akan dilaksanakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – airtimes.my