Home Semasa Perlis bakal beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara

Perlis bakal beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara

by M.Daim

KANGAR, 20 Julai – Negeri Perlis dijangka akan mencapai status Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, kadar vaksinasi golongan dewasa di negeri itu hampir mencapai 40%.

“Kita perlukan 3.9% lagi untuk mencapai sasaran kadar vaksinasi di kalangan warga dewasa untuk membolehkan Perlis menuju ke Fasa 3.

“Insya Allah, Perlis akan bergerak masuk ke Fasa 3 tak lama lagi,” kata Azlan di akaun media sosial rasminya, semalam.

Perlis mencatatkan 1 kes baharu jangkitan COVID-19 pada 19 Julai.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes jangkitan di negeri itu adalah sebanyak 628 kes dengan 589 sembuh. Sebanyak 8 kes kematian direkodkan setakat ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply